nuffnang_bid = "a6c3d2578654b9abedb0444ecdce651a"; KEMBARA @ HAZRIL'S: Top 7 -- Majalah yang paling En Hazril suka baca.......

Wednesday, March 30, 2011

Top 7 -- Majalah yang paling En Hazril suka baca.......

Kalau ada masa terluang, aku gemar membaca buku tapi kesuntukan masa seharian dan kesesakan lalulintas dari tempat kerja ke rumah membuatkan aku berasa penat dan malas nak membaca buku bila waktu malam. Hanya melayan facebook pada waktu malam. Tetapi aku tetap membaca majalah , bacaan ringan tapi cukup untuk menambahkan ilmu dan juga mengisi kekosongan yg terhad dalam waktu senggang. Aku akan membeli majalah sama ada setiap bulan dan juga mengikut mood juga membeli kalau isi dan isu2 yang sangat menarik di majalah tu..hihihi....

1.  Digital Camera Magazine

Majalah yang paling aku suka sangat, selalu beli kat kedai majalah Ampang Park..huhuhu....majalah ini  banyak beri panduan kepada pengemar kamera slr dan  memantapkan lagi teknik- teknik photography. Ada banyak juga photo yang diambil oleh amatur dan pro photographer yang boleh dikongsi bersama.Di majalah ini juga ada menberi info tentang produk2 terbaru camera, lens dan gajet yang berkaitan dengannya.Suka2..hihihi.



2.  Maskulin

Majalah khas untuk lelaki..aku dah mula membeli sejak tahun 2000 lagi. First time beli masa edisi pengenalan. Kat majalah ini banyak info mengenai lelaki dari segi isu semasa mengenai lelaki, fesyen, tip kesihatan,personaliti dan paling aku suka ruangan produk2 terbaru dipasaran seperti baju , gajet dan minyak wangi



3.  Impiana

Majalah dekorasi bahasa melayu yang paling aku suka baca. Setiap bulan ada tema decoration yang berlainan. Suka tengok decoration kat setiap rumah yang ada dalam majalah tu. Dari rumah kos rendah hingga rumah banglo mewah. Errmm..boleh cari dan cedok idea untuk rumah aku yang kecil tu...huhuhu





4.  Libur

Oleh kerana aku suka melancong dan mencari lokasi untuk bergambar...huhuhu...so aku kerap membeli majalah Libur yang berkonsepkan pelancongan. Kalau nak tau kat majalah ini ada memberi info tempat2 yang jarang kita tau kat malaysia ni So majalah ini sebagai guide aku untuk pergi melancong.....



5.  Laman

Suka majalah Laman ni kerana aku minat gardening...huhuhu...dari bujang lagi suka baca majalah ini. Boleh dapatkan idea dan info tentang laman dan cara dan kaedah tanaman dan penjagaan pokok. Suka tgk photo laman2 kat rumah yang ada disitu...selalu berangan nak garden secantik tu....hihihi



6.   Mastika

Majalah yang paling lama aku baca sejak zaman kolej dulu. Majalah yang banyak cerita dan maklumat terkini di sekeliling kita. Majalah ini sinonim dengan cerita misteri dan seram dan juga cerita kisah tauladan mengenai pengalaman jemaah kat Tanah Suci untuk menunaikan umrah dan haji..Macam2 cerita yang boleh menginsafkan kita




7.  Majalah National Geography

Majalah ini aku suka tapi jarang beli sebab harga di mahal tapi aku akan beli majalah ini bila kedai buku lelong majalah ini yang longgok untuk bulan2 yang lepas, murah sikit boleh dapat harga RM5. Majalah ini byk info pasal alam sekitar dan isu-isu kehidupan manusia, haiwan dan alam semulajadi. Pastu suka tengok photo2 yang amat menarik tu...hihi




2 comments:

Ikin said...

Lovely blog :).
Lama dah tak singgah. Rupanya dah banyak update. Along bila lagi ...cepat2 buat blog. Hehe

Hazril said...

huhu..thanks..masa my fb problem ari tu, sempat jugak wat update blog..rasa seronok lak :)along tu tak lama lagi ada blod dia yg puitis syahdu tu...hihihi