nuffnang_bid = "a6c3d2578654b9abedb0444ecdce651a"; KEMBARA @ HAZRIL'S

Tuesday, November 08, 2011

Kartun 80 an > Kenangan Terindah Semasa Zaman Kanak-Kanak

Tengah duduk sambil tengok tv, tetiba teringat zaman sekolah rendah dulu, suka sangat tengok cerita kartun kat tv. Masa zaman kanak-kanak dulu tu antara tahun 1985 - 1990 ada RTM1, RTM2 dan TV3 je. Semua program TV mula siaran pukul 3 ptg. Start 4.30 ptg balik sekolah agama terus tercongok kat depan tv, banyak cerita kartun masa zaman tu. Jom kita imbau zaman masa  sekolah rendah yang lahir mcm saya tahun 1978..heheh...semua kartun ni seperti ada kat bawah ni memang saya minat tengok.


 DANGER MOUSE
Suka tengok cerita ini, kartun dari UK .Danger Mouse , tikus ejen perisik rahsia british bersama dengan rakan kongsi penfold sentiasa menentang musuh utama katak jahat namanya Baron. Macam2 aksi dia orang buat ikut kepintaran masing2 dan sentiasa guna alat ejen khas yang canggih manggih untuk menangkap katak jahat tu...hihihhi...

DUNGEONS AND DRAGON
Ingat lagi cerita ini selalu siar kat tv selepas maghrib...hihi...Kisah 6 orang sahabat baik naik rollercoaster kat theme park, tetiba je dia org masuk ke alam fantasia yang penuh dengan unicorn, dragon dan ahli sihir. Dia orang diberi kuasa oleh Dungeon Master untuk memerangi kejahatan di situ terutamanya watak jahat Shadowdemon. Sambil tu mereka sentiasa cari jalan pulang ke dunia sebenar .

THE FLINTSTONES
Inilah yang kartun paling popular masa zaman sekolah dulu, tayang kat tv dalam pukul 5.30 ptg. Cerita zaman batu dulu, macam2 gelagat family ni - Fred,Barney,Wilma dan Betty. Yang paling suka tgk dia org naik kereta guna jalan kaki..hahaha...

 HE-MAN AND THE MASTERS OF UNIVERSE
Kartun ni pun memang popular, sampaikan ada jual patung mainan He-Man kat supermarket. Mahal jugak,tak terdaya nak mintak mak dan abah beli, jeles sgt2 bila ada kawan2 bawak patung He-Man pergi sekolah untuk menunjuk..hahaha...Kartun ni kisah Prince Adam yang mendapat kuasa melalui pedang saktinya untuk melawan musuh ketatnya iaitu Skeletor. Yang paling ingat sekali harimau dia yang sgt penakut tapi bila dapat kuasa dari He-Man terus jadi garang...hahahaha

MASK
Memang saya suka tengok kartun ini. Singkatan untuk The Mobile Armored Strike Kommand (M.A.S.K.) sebuah pertubuhan rahsia yang melawan jenayah menggunakan topeng dan kenderaan yang berteknologi tinggi seperti boleh terbang dan ada senjata. Kartun ini popular sehingga ada mainan kereta seperti Condor dan Gator dijual kat supermarket. Mahal jugak harga dia, masa tu gigit jari je nak beli mainan tu..huhuhu


 TEENAGE MUTANT NINJA TURTLE
Kisah 4 pendekar penyu muntan iaitu Donatello, Leonardo, Michaelangelo, dan Raphael menggunakan seni pertahan diri ala ninja untuk memerangi jenayah di bawah Splinter guru mereka (tikus mutan). Masa ini, model patung mainan Ninja Turtle pun ada di pasaran sampaikan pencil box dan alat tulis pun ada brand Ninja Turtle.


THE SMURFS
Cerita yang paling aku suka sangat....nak bagi 5 star ..hihii..masa ni kartun pertama di TV3 mula2 bersiaran sebagai tv swasta. Kisah sekumpulan makhluk kecil warna biru yang diketuai oleh Papa smurf yang sentiasa diburui watak jahat Gargamel dan kucing jahat Azrael. Selalunya dia orang tumpas dengan kebijaksanaan smurfs.


SUPERFRIENDS
Suka tengok kartun ni sebab gabungan superhero untuk menentang kejahatan. Gabungan Superman, Batman dan Robin, Wonderwoman, Aquaman  dan The Flash melengkapkan kekuatan Superfriends.


THUNDRECATS
Gabungan Lion-No, Cheetara, Tygra,Phantro, Jaga dan Snarf yang hidup di sebuah planet. Apa yang menariknya mereka adalah kanak-kanak tetapi apabila mendapat kuasa mereka menjadi dewasa dan mempunyai kekuatan masing-masing untuk menumpaskan musuh. Memang suka sangat tengok cerita ini. Model mainan Thundercats pun ada dijual di supermarket..

JEM
Kartun ini unik, lain darpada yang lain. Kisah girl band iatu jem dan hologram rock band mendapat kuasa melalui anting-anting dia. Setiap kali dapat kuasa dari anting2 dia akan bertukar pakaian dan bermain guitar karen dia tu. Apa yang menarik setiap kali dia buat persembahan, ada sahaja lagu2 yang best...hihihi

Wednesday, March 30, 2011

Top 7 -- Majalah yang paling En Hazril suka baca.......

Kalau ada masa terluang, aku gemar membaca buku tapi kesuntukan masa seharian dan kesesakan lalulintas dari tempat kerja ke rumah membuatkan aku berasa penat dan malas nak membaca buku bila waktu malam. Hanya melayan facebook pada waktu malam. Tetapi aku tetap membaca majalah , bacaan ringan tapi cukup untuk menambahkan ilmu dan juga mengisi kekosongan yg terhad dalam waktu senggang. Aku akan membeli majalah sama ada setiap bulan dan juga mengikut mood juga membeli kalau isi dan isu2 yang sangat menarik di majalah tu..hihihi....

1.  Digital Camera Magazine

Majalah yang paling aku suka sangat, selalu beli kat kedai majalah Ampang Park..huhuhu....majalah ini  banyak beri panduan kepada pengemar kamera slr dan  memantapkan lagi teknik- teknik photography. Ada banyak juga photo yang diambil oleh amatur dan pro photographer yang boleh dikongsi bersama.Di majalah ini juga ada menberi info tentang produk2 terbaru camera, lens dan gajet yang berkaitan dengannya.Suka2..hihihi.



2.  Maskulin

Majalah khas untuk lelaki..aku dah mula membeli sejak tahun 2000 lagi. First time beli masa edisi pengenalan. Kat majalah ini banyak info mengenai lelaki dari segi isu semasa mengenai lelaki, fesyen, tip kesihatan,personaliti dan paling aku suka ruangan produk2 terbaru dipasaran seperti baju , gajet dan minyak wangi



3.  Impiana

Majalah dekorasi bahasa melayu yang paling aku suka baca. Setiap bulan ada tema decoration yang berlainan. Suka tengok decoration kat setiap rumah yang ada dalam majalah tu. Dari rumah kos rendah hingga rumah banglo mewah. Errmm..boleh cari dan cedok idea untuk rumah aku yang kecil tu...huhuhu





4.  Libur

Oleh kerana aku suka melancong dan mencari lokasi untuk bergambar...huhuhu...so aku kerap membeli majalah Libur yang berkonsepkan pelancongan. Kalau nak tau kat majalah ini ada memberi info tempat2 yang jarang kita tau kat malaysia ni So majalah ini sebagai guide aku untuk pergi melancong.....



5.  Laman

Suka majalah Laman ni kerana aku minat gardening...huhuhu...dari bujang lagi suka baca majalah ini. Boleh dapatkan idea dan info tentang laman dan cara dan kaedah tanaman dan penjagaan pokok. Suka tgk photo laman2 kat rumah yang ada disitu...selalu berangan nak garden secantik tu....hihihi



6.   Mastika

Majalah yang paling lama aku baca sejak zaman kolej dulu. Majalah yang banyak cerita dan maklumat terkini di sekeliling kita. Majalah ini sinonim dengan cerita misteri dan seram dan juga cerita kisah tauladan mengenai pengalaman jemaah kat Tanah Suci untuk menunaikan umrah dan haji..Macam2 cerita yang boleh menginsafkan kita




7.  Majalah National Geography

Majalah ini aku suka tapi jarang beli sebab harga di mahal tapi aku akan beli majalah ini bila kedai buku lelong majalah ini yang longgok untuk bulan2 yang lepas, murah sikit boleh dapat harga RM5. Majalah ini byk info pasal alam sekitar dan isu-isu kehidupan manusia, haiwan dan alam semulajadi. Pastu suka tengok photo2 yang amat menarik tu...hihi




Saturday, March 19, 2011

Potret Keluargaku..


My big family,,,,,,,,

 > Mempunyai abah yang sporting dan pendiam...Asal Pusing , Perak
 > Mempunyai emak yang penyayang dan juga tegas orangnya...Asal Singapura
 > Mempunyai 6 adik beradik - 4 lelaki dan 2 perempuan
 > Aku anak ketiga
 > Ada 5 orang anak sedara - 4 perempuan dan 1 lelaki



my wife


Ok, next bersambung  pula aku akan ceritakan mengenai keluarga mertua pula.......



Wednesday, March 16, 2011

Erti persahabatan sejati.....


Bercerita mengenai persahabatan , di dunia ini kita perlu mempunyai sahabat namun tetapi dalam puluhan, ratusan dan jutaan sahabat, pastinya ada satu sahabat yang amat kita rapat dan ia merupakan sahabat yang sejati dalam hidup kita. Sahabat yang ketawa bersama, menangis bersama, berkongsi bersama apa yang suka , apa yang duka............

kekawan baik yang sentiasa buat kita ketawa selalu...huhuhu


Rupanya sudah 13 tahun persahabatan aku dan adzrul (uda) . Sahabat yang ku kenali sewaktu di kolej dahulu sehingga kini. Sahabat yang sentiasa berkongsi kegembiraan dan kesedihan bersama. Apa yang ajaibnya sahabat baik aku ni kini berkongsi sehidup semati berumahtangga dengan sahabat baik isteriku, Intan iaitu Mardiana. Kecil sungguh dunia ini...Mengikut sejarah, mereka berdua pernah menjadi pengapit kami sewaktu kami bersanding dulu. Semoga persahabatan kami tetap kukuh hingga ke akhir hayat..Amin..



tahun 1999
tahun 2011
Persahabatan yang kini sudah 13 tahun...cayalah...... 


Tuesday, March 15, 2011

Kembara Santai Batu Feringghi




Akhir tahun lepas,  ke Penang untuk menghadiri perkahwinan adik ku di rumah pengantin lelaki di Balik Pulau. Kesempatan yang ada kami bermalam di Batu Feringghi untuk berlibur dan bersantai...



Sempat jugak photo shoot di tepi pantai sambil menikmati keindahan alam semulajadi di Penang.




gedik santai






aksi gedik bapa sedara dan anak sedara...huhuhu

control ayu...hihihih







aksi gedik mak su bersama anak sedara...huhuhu


puing-puing ombak umpama puing-puing kehidupan kita





Monday, March 14, 2011

Kembara Al-Islam ..Adakah Golongan Lelaki lebih dijamin masuk syurga berbanding dengan wanita? Hanya Allah sahaja yang mengetahui...




sekadar gambat hiasa




Dijamin Masuk Syurga
...Diriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa terdapat tujuh golongan manusia yang dijamin masuk syurga dan akan dilindungi Allah di saat tidak ada lagi pelindung selain Dia, iaitu:


a. Pemimpin yang adil.
b. Seorang pemuda yang hidupnya selalu beribadah kepada Allah.
c. Laki-laki yang hatinya terikat dengan masjid.
d. Dua orang yang saling menyayangi kerana Allah. Bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
e. Seorang laki-laki yang apabila dirayu oleh wanita cantik, berkedudukan dan kaya, ia berkata: “Tidak ... saya takut kepada Allah.”
f. Laki-laki yang bersedekah dengan rahsia, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui yang dikeluarkan oleh tangan kanannya.
g. Laki-laki yang berzikir kepada Allah secara sembunyi, air matanya berlinang kerana takut kepada Allah.




Kembara ke Taman Negara Pahang




Dalam hati ada taman...huhuhu

Awal tahun 2011, aku jejaki ke Taman Negara Pahang....sebut sahaja tempat ni tentunya adalah kawasan hutan yang masih menyimpan khazanah alam yang tidak ternilai harganya. Jiwa aku sememangnya sebati dengan kedamaian kehijauan alam semulajadi bak kata Adnan Sempit. dalam hati ada taman...hahaha.... Kali ini kembaraan ku bersama kawanku Mr Ezany.....3 hari 2 malam di bumi pahang ini...






Redah Sg. Pahang 3 jam...lenguh satu badan..huhuh
  
Kami bertolak dari Temerloh dari pukul 2 ptg dan  menaiki bot dari Jeti Kuala Tembeling ke Taman Negara mengambil masa 3 jam. Lenguh satu badan terpaksa duduk dalam bot dengan begitu lama, tapi hati ini tak sabar-sabar nak tengok keindahan Taman Negara..





mana satu beg kami..? hihihi
  
 Kami menginap di chalet yang agak selesa, cuma kadang-kadang bekalan air terputus...tension jugak rasanya..huhuhu...Hari pertama kami akan meredah hutan, menaiki canopy walk dan mendaki Bukit Teresak, untuk melihat view Gunung Tahan dan Banjaran Titiwangsa. Banyak ilmu hutan yang kami pelajari melalui tourist guide Mr. Azlan. Pengalaman yang tidak boleh lupakan ialah merentas canopy walk iaitu titi gantung di atas pokok yang mencipta rekod yang tertinggi di dunia. Mula-mula terasa gayat tapi semakin lama semakin seronok dapat melihat view hutan hujan khatulistiwa ini...






posing jap...
  

entrance canopy walk
 

canopy walk terpanjang dan tertinggi di dunia
 

control berani konon...


  Kami akhirnya berjaya mendaki Bukit Terisek...bukit yang tertinggi di Taman Negara..perjalanan ke sana mengambil masa 4 km..Di puncak bukit ini , kami dapat lihat view banjaran Titiwangsa serta Gunung Tahan dan dapat melihat pemandangan Taman Negara dari atas puncak. Ermmm...terasa tenang di hati dapat lihat keindahan alam semulajadi keindahan Tuhan.






Di sebalik pokok Merbau....



 


Di puncak bukit Terisek

with my friend Ezany
 


Banjaran Titiwangsa dan Gunung Tahan









tongkat ali