nuffnang_bid = "a6c3d2578654b9abedb0444ecdce651a"; KEMBARA @ HAZRIL'S: November 2008

Thursday, November 20, 2008

MY WIFE & SERUAN HAJI 1429H


Assalamualaikum,

Sekarang ni da masuk musim Haji 1429 H, ramai juga jemaah Malaysia telah berangkat ke Tanah Suci Mekah dan Madinah. Tak terkecuali, detik bersejarah bagi isteriku tercinta Intan Dayana telah terpilih menjadi petugas Tabung Haji di Tanah Suci Mekah. Kami yg keje kat Tabung Haji diberi ni peluang bertugas utk jemaah dan menunaikan fardhu Haji. Akhirnya tercapai my wife utk bertugas ke Mekah setelah 6 tahun bekerja di Tabung Haji. Raut di wajahnya gembira bercampur gementar juga. hehehe..Alhamdulilah persiapan dan persediaan ke sana dah selesai dgn mengikuti kursus petugas Haji, kursus bersiri ibadah Haji ngan juga kursus perdana Haji. Barang2 sume da complete beli. Risau gak coz penuh beg n berat gak utk dibawa ke sana.






Sebelum bertolak


Di rumah Bdr Tun Razak. Kami sekeluarga abah, emak, Ikin dan Din hendak bertolak ke Kompleks Haji Kelana Jaya

Intan bersama emak tersayang


Sedang menunggu di Kompleks Haji Kelana Jaya sebelum lapor diri



My wife selamat bertolak pada 31 Oktober lepas dengan penerbangan KT02 menaiki pesawat Saudia Airlines berlepas pukul 7.30 pagi. Dia ke Madinah dulu maknanya kena wat Haji Tamattu' iaitu kerja ibadah Umrah baru wat ibadah Haji. Dia bertugas di maktab Mekah untuk menjaga & menguruskan jemaah di sana. So kena lapor diri pukul 3.30 pagi kat kompleks haji kelana jaya. So kami bertolak dr Bandar Tun Razak kul 1.00pg. Before bertolak, my biras, Samsudin (Din) jadi bilal azan. Merdu suaranya dan tiba2 rasa sayup mengenangkan isteri akan bertolak beribu-beribu kilometer dr Malaysia meninggalkan kami di sini selama 2 bln. Air mata tiba2 mengalir pulak maklumlah memikirkan kesenangan, kepayahan dan cabaran yg akan dia ditempuhi di sana. cuma yg pasti pohon Tawakal dari NYA. Pastu my bapa mertua membaca doa utk keselamatan dan kesejahteraan pemergian anaknya ke Mekah



My wife dan rakan setugas Bakyah , yg pakai baju biru tu best friend dia Mardiana jadi pertugas di Kelana Jaya cum polis bantuan haji..hehehe



Sememangnya terasa ketiadaan isteri disisi namun rela berkorban isteri bertugas di sana coz tugasan ini adalah tugasan mulia dan murni demi melancarkan amalan ibadah berpuluh ribu jemaah M'sia utk tunaikan Rukun Islam ke 5. Abg dan kami sekeluarga dari bdr tun razak , bangi, perak, damansara, alam damai dan kajang mendoakan semoga syg dapat menjalankan tugas dengan lancar dan mengerjakan ibadah Haji dan Umrah dengan sempurna. Semoga diberkati dan dirahmati oleh Allah sepanjang di Tanah Suci. Amin



Kami semua doakan semoga syg dpt bertugas dan beribadah Fardhu Haji dengan sempurna dan lancar. Semoga mendapat Haji Mabrur. Amin