nuffnang_bid = "a6c3d2578654b9abedb0444ecdce651a"; KEMBARA @ HAZRIL'S: September 2008

Sunday, September 28, 2008

DARI ITTAR KE CAPE TOWN




Sweet memories in cape town 1999.




Cape Town

Emm...sebenarnya dah 10 tahun lalu pengembaraan ke Afrika Selatan kami lalui, walaupun da cite basi tapi ada kesempatan ni aku nak flashback kisah2 educational trip ke Cape Town. Dulu takde blog cam ni , so zaman dah berubah dunia da maju(huhuhu..cam iklan BH tu) aku ambik kesempatan nak berkongsi balik bersama terutamanya kekawan yg belajar kat ITTAR (1997-1999). Sebenarnya kami ni ke sana coz for final semester project. Kami student Diploma in Business Management (DPP) dan Diploma in Accounting (DAC) lebih kurang 60 orang bersama dua lecturer kami iaitu Cik Puti dan Pn Asfazura. Before nak pegi tu kenalah cari sponser dan juga kami buat bisnes skit2 utk nak tampung kos flight, hotel dan pakej tour.
Kami gi 22 - 30 April 1999. Lebih kurang seminggu jugak..huhuhu



Dalam flight bersama Pn. Asfazura dan Aza. Time ni zaman kurus ku cekedeng..huhuhuh


Kami naik MAS , bertolak kul 12.00 malam. Excited gile time tu. maklumlah first time gi overseas. Makan masa jugak naik flight lebih kurang 12 jam nak ke sana. My best friend Azatul Amery (Aza) bagi ubat tahan mabuk kat aku dan pn. Asfazura, sampai dah mamai skit coz ubat tu suruh kita tidur. biar betoi aza ni bagi ubat tu.

Mula-mula flight kami transit 2 jam kat Johanesburg Airport lebih kurang kul 6.00 pagi waktu afrika. Kami solat subuh jemaah beramai2 kat ruang legar menunggu tu. Ramai mat saleh & org africa tgk kami solat. Respect gak terutama staf airport kat situ yg tak halang kami solat kat situ. Kul 8.00 pg kami bertolak dan perjalanan ke Cape town ambik masa 2 jam jugak

Lebih kurang kul 10.00 pg, akhirnya kami sampai ke Cape Town Airport. Rasa tak caya menjejaki kaki kat bumi Cape Town. Sejuk gile sampai ke tulang belulang. Tak sangka ingatkan Cape town ni panas mcm gurun tapi sebenarnya suasananya mcm kat Australia. Huhuhuu



Mcm tak caya je ke Cape Town ni..sejuk...hehehe


First place yg kami pergi is Ostrich Farm. Africa ni memang terkenal ngan burung unta or ostrich dan kami lunch kat situ. Tak sangka rupa-rupanya apa yg kami makan tu daging ostrich la tapi sedap rasa manis daging dia. Budak2 pompuan yg duduk satu meja ngan aku tu tiba2 gi muntah coz terkejut daging yg mereka makan tu daging burung unta..huhuhhu





Kat Ostrich Farm


Bo-Kaap/Malay Quaters



Kat lobi hotel bersama Uda n Aza. My best friends forever.



Posing maut kat bilik hotel..hehe


Kami menginap di Days Inn Hotel. Boleh tahan jugak bilik hotel dia, selesa. Aku sebilik ngan zawawi(awie nama glamor) org ngganu..kemamang. Hotel ni dekat ngan Bo-Kaap atau Malay Quaters.Kalo nak tau kat sini ada masyarakat Melayu dikenali sebagai Malay Cape. Ikut sejarah, mereka dibawa oleh penjajah Belanda dari Kepulauan Indonesia dan Semenanjung Tanah Melayu sebagai hamba abdi. Tapi sekarang ni orang melayu cape ni dah berjaya. ada buka bisnes sendiri, arkitek,lawyer dan pegawai kerajaan. So kat Bo-Kaap adalah kampung org melayu, banyak masjid ada kat sini. so azan pun boleh dipasang melalui mikrofon. Kerajaan kat sini ada tolenrasi. Ayam KFC kat sini pun halal coz ayam kat sini disembelihi oleh orang Islam. So byk jugak restoran halal kat sini. Kira senang jugak nak beli makanan.
Tempat yg memang2 tak dapat lupakan ialah pergi ke Table Mountain yg menjadi trademark di Cape Town. Nak ke gunung tu kena naik Skyway / Cable Car yg boleh memuatkan lebih kurang 10 orang dlm satu trip. Gayat gak nak naik ke atas, sayup je pemandangan dari atas. Sejuk sgt bila sampai kat puncak Table Mountain tu, kat situ dpt tengok pemandangan bandar Cape Town dan Laut Atlantik. Syok gile.


Table Mountain rata mcm meja

Kami juga tidak ketinggalan naik bot ke Seal Island utk melihat habitat anjing laut. Tak tahan sangat dengan ombak Laut Atlantik sampai pening mabuk2 laut. Hehehe...Pastu kami ke Boulder's Beach untuk utk melihat penguin pulak. Time tu tak boleh nak tengok dekat coz musim penguin mengawan. huhuhu. Terkedek2 tgk penguin tu berjalan.heheh



Bersama geng Sabahan azmi, julia, jerry dan Imran



Tgk penguin comel lote.......


Gergasi kurus naik bot..mabuk laut ni


Seal Island



Untuk melihat keajaiban kuasa Allah, kami ke Cape Point iaitu terletak di Cape of Good Hope. Kat sini kita dapat lihat pertembungan dua lautan iaitu Laut Atlantik yang membawa arus sejuk dan Lautan Hindi berarus panas yang tidak akan bercampur dan pertembungan 2 lautan tu membentuk garisan yang panjang. Utk nak lihat lautan tu , kena naik cabel train ke Cape point mcm kat keretapi ke Bkt bendera Penang tu.



Bersama best friend Uda, orang Pilah..


Kat Cape Point



Sepanjang jalan, bas kami juga melalui ladang anggur di Stellenbosch dan juga dapat melihat rumah-rumah peninggalan kolonial Belanda di tepi sepanjang jalanraya. Kami juga dapat melihat dari jauh kawasan perlindungan Cheetah yang terkenal di bumi Afrika. Pastu gi Botanical Garden kat Kirstenbosch, tgk tumbuhan semulajadi yang ditanam kat taman tu. Masa ni musim luruh so tak dpt tgk bunga2. Kat sini ada musim sejuk, luruh dan bunga tapi salji takde kat sini.



Posing ala2 Hindustani kat Botanical Garden...



Ladang Cheetah


Di bandar Cape Town , kami berkesempatan berjalan-jalan di Green Market. So shopping sakanlah kita orang, kat situ yang banyak kami beli sperti t-shirt, souvenier, dan lain2 lagi. Tapi yg paling aku suka beli ialah buah anggur, memang murah gile lebih kurang RM 1 @ 1 Rand sahaja utk satu peket. Yang paling byk beli anggur si Efa tu, da mcm minah anggur pulak..huhuhu.



Shopping sakan, entah apa2 yg aku beli


Pastu gi Flee market pulak, shopping lagi jawapnya. Entah apa2 barang yg aku dibeli utk dibawa balik ke Malaysia sebagai kenangan. Pastu kami pegi ke Victoria dan Alfred Waterfront, dataran yg terletak di tepi pelabuhan. Dapat tengok kapal2 layar mat saleh yg singgah dari merata dunia, Kat situ ada shopping centre so kami shopping lagi. Pastu byk juga restoran dan stall jual makanan tapi bukan semuanya Halal. Kami lepak2 dan bergambar kat square. Memang seronok gile.




kat Victoria n Alfred Waterfront



Mkn KFC Halal bersama aza, fairol,efa, zehan, nurul n liza

Sememangnya kenangan di Cape Town tak dapat dilupakan bersama kawan2 selama seminggu di sana. Hanya tinggal memori. Kini ramai kawan-kawan yg sudah lama tak berjumpa dan ada yang lost contact. Yg pasti mereka dah pun berumahtangga, anak berderet dan dah ada jadi org kaya..huhuhu. Yang masih contact ialah Uda, Aza, Along, Efa, Budi, Zaki, Julia, Lin, Zehan, Nurul dan Zaharah. Apa2 pun diharap kita dpt bertemu sekali lagi mungkin reunion kalo adalah...hehehehe.



Hari terakhir di Cape Town Airport




Bergambar ngan Nizar , orang Malay Cape


P/S - Kepada kekawan ITTAR Cape Town 1999 , nak minta tolong tinggalkan nama, email address atau no hp kat dalam ruang ulasan / komen kat bawah. Nanti bolehlah kita buat reunion dan always keep in touch ye. Ok. cau...