nuffnang_bid = "a6c3d2578654b9abedb0444ecdce651a"; KEMBARA @ HAZRIL'S: Kartun 80 an > Kenangan Terindah Semasa Zaman Kanak-Kanak

Tuesday, November 08, 2011

Kartun 80 an > Kenangan Terindah Semasa Zaman Kanak-Kanak

Tengah duduk sambil tengok tv, tetiba teringat zaman sekolah rendah dulu, suka sangat tengok cerita kartun kat tv. Masa zaman kanak-kanak dulu tu antara tahun 1985 - 1990 ada RTM1, RTM2 dan TV3 je. Semua program TV mula siaran pukul 3 ptg. Start 4.30 ptg balik sekolah agama terus tercongok kat depan tv, banyak cerita kartun masa zaman tu. Jom kita imbau zaman masa  sekolah rendah yang lahir mcm saya tahun 1978..heheh...semua kartun ni seperti ada kat bawah ni memang saya minat tengok.


 DANGER MOUSE
Suka tengok cerita ini, kartun dari UK .Danger Mouse , tikus ejen perisik rahsia british bersama dengan rakan kongsi penfold sentiasa menentang musuh utama katak jahat namanya Baron. Macam2 aksi dia orang buat ikut kepintaran masing2 dan sentiasa guna alat ejen khas yang canggih manggih untuk menangkap katak jahat tu...hihihhi...

DUNGEONS AND DRAGON
Ingat lagi cerita ini selalu siar kat tv selepas maghrib...hihi...Kisah 6 orang sahabat baik naik rollercoaster kat theme park, tetiba je dia org masuk ke alam fantasia yang penuh dengan unicorn, dragon dan ahli sihir. Dia orang diberi kuasa oleh Dungeon Master untuk memerangi kejahatan di situ terutamanya watak jahat Shadowdemon. Sambil tu mereka sentiasa cari jalan pulang ke dunia sebenar .

THE FLINTSTONES
Inilah yang kartun paling popular masa zaman sekolah dulu, tayang kat tv dalam pukul 5.30 ptg. Cerita zaman batu dulu, macam2 gelagat family ni - Fred,Barney,Wilma dan Betty. Yang paling suka tgk dia org naik kereta guna jalan kaki..hahaha...

 HE-MAN AND THE MASTERS OF UNIVERSE
Kartun ni pun memang popular, sampaikan ada jual patung mainan He-Man kat supermarket. Mahal jugak,tak terdaya nak mintak mak dan abah beli, jeles sgt2 bila ada kawan2 bawak patung He-Man pergi sekolah untuk menunjuk..hahaha...Kartun ni kisah Prince Adam yang mendapat kuasa melalui pedang saktinya untuk melawan musuh ketatnya iaitu Skeletor. Yang paling ingat sekali harimau dia yang sgt penakut tapi bila dapat kuasa dari He-Man terus jadi garang...hahahaha

MASK
Memang saya suka tengok kartun ini. Singkatan untuk The Mobile Armored Strike Kommand (M.A.S.K.) sebuah pertubuhan rahsia yang melawan jenayah menggunakan topeng dan kenderaan yang berteknologi tinggi seperti boleh terbang dan ada senjata. Kartun ini popular sehingga ada mainan kereta seperti Condor dan Gator dijual kat supermarket. Mahal jugak harga dia, masa tu gigit jari je nak beli mainan tu..huhuhu


 TEENAGE MUTANT NINJA TURTLE
Kisah 4 pendekar penyu muntan iaitu Donatello, Leonardo, Michaelangelo, dan Raphael menggunakan seni pertahan diri ala ninja untuk memerangi jenayah di bawah Splinter guru mereka (tikus mutan). Masa ini, model patung mainan Ninja Turtle pun ada di pasaran sampaikan pencil box dan alat tulis pun ada brand Ninja Turtle.


THE SMURFS
Cerita yang paling aku suka sangat....nak bagi 5 star ..hihii..masa ni kartun pertama di TV3 mula2 bersiaran sebagai tv swasta. Kisah sekumpulan makhluk kecil warna biru yang diketuai oleh Papa smurf yang sentiasa diburui watak jahat Gargamel dan kucing jahat Azrael. Selalunya dia orang tumpas dengan kebijaksanaan smurfs.


SUPERFRIENDS
Suka tengok kartun ni sebab gabungan superhero untuk menentang kejahatan. Gabungan Superman, Batman dan Robin, Wonderwoman, Aquaman  dan The Flash melengkapkan kekuatan Superfriends.


THUNDRECATS
Gabungan Lion-No, Cheetara, Tygra,Phantro, Jaga dan Snarf yang hidup di sebuah planet. Apa yang menariknya mereka adalah kanak-kanak tetapi apabila mendapat kuasa mereka menjadi dewasa dan mempunyai kekuatan masing-masing untuk menumpaskan musuh. Memang suka sangat tengok cerita ini. Model mainan Thundercats pun ada dijual di supermarket..

JEM
Kartun ini unik, lain darpada yang lain. Kisah girl band iatu jem dan hologram rock band mendapat kuasa melalui anting-anting dia. Setiap kali dapat kuasa dari anting2 dia akan bertukar pakaian dan bermain guitar karen dia tu. Apa yang menarik setiap kali dia buat persembahan, ada sahaja lagu2 yang best...hihihi

2 comments:

Afzan A.M . aka skywalkerafz said...

bruder, gummy bear hang mane

Hazril said...

bro..gummy bear tu pn zara je yang tgk cite tu..hahaha