 |
Dalam hati ada taman...huhuhu |
Awal tahun 2011, aku jejaki ke Taman Negara Pahang....sebut sahaja tempat ni tentunya adalah kawasan hutan yang masih menyimpan khazanah alam yang tidak ternilai harganya. Jiwa aku sememangnya sebati dengan kedamaian kehijauan alam semulajadi bak kata Adnan Sempit. dalam hati ada taman...hahaha.... Kali ini kembaraan ku bersama kawanku Mr Ezany.....3 hari 2 malam di bumi pahang ini...
 |
Redah Sg. Pahang 3 jam...lenguh satu badan..huhuh |
Kami bertolak dari Temerloh dari pukul 2 ptg dan menaiki bot dari Jeti Kuala Tembeling ke Taman Negara mengambil masa 3 jam. Lenguh satu badan terpaksa duduk dalam bot dengan begitu lama, tapi hati ini tak sabar-sabar nak tengok keindahan Taman Negara..
 |
mana satu beg kami..? hihihi |
Kami menginap di chalet yang agak selesa, cuma kadang-kadang bekalan air terputus...tension jugak rasanya..huhuhu...Hari pertama kami akan meredah hutan, menaiki canopy walk dan mendaki Bukit Teresak, untuk melihat view Gunung Tahan dan Banjaran Titiwangsa. Banyak ilmu hutan yang kami pelajari melalui tourist guide Mr. Azlan. Pengalaman yang tidak boleh lupakan ialah merentas canopy walk iaitu titi gantung di atas pokok yang mencipta rekod yang tertinggi di dunia. Mula-mula terasa gayat tapi semakin lama semakin seronok dapat melihat view hutan hujan khatulistiwa ini...
 |
posing jap... |
 |
entrance canopy walk |
 |
canopy walk terpanjang dan tertinggi di dunia |
 |
control berani konon...
|
Kami akhirnya berjaya mendaki Bukit Terisek...bukit yang tertinggi di Taman Negara..perjalanan ke sana mengambil masa 4 km..Di puncak bukit ini , kami dapat lihat view banjaran Titiwangsa serta Gunung Tahan dan dapat melihat pemandangan Taman Negara dari atas puncak. Ermmm...terasa tenang di hati dapat lihat keindahan alam semulajadi keindahan Tuhan.
 |
Di sebalik pokok Merbau....
|
 |
Di puncak bukit Terisek |
 |
with my friend Ezany |
 |
Banjaran Titiwangsa dan Gunung Tahan |
 |
tongkat ali |
2 comments:
teruskan usaha beb...aku nantikan N3 seterusnya...
ok...huhu...aku akan teruskan berkarya blog aku ni...hihihi
Post a Comment