Bercerita mengenai persahabatan , di dunia ini kita perlu mempunyai sahabat namun tetapi dalam puluhan, ratusan dan jutaan sahabat, pastinya ada satu sahabat yang amat kita rapat dan ia merupakan sahabat yang sejati dalam hidup kita. Sahabat yang ketawa bersama, menangis bersama, berkongsi bersama apa yang suka , apa yang duka............
![]() |
kekawan baik yang sentiasa buat kita ketawa selalu...huhuhu |
Rupanya sudah 13 tahun persahabatan aku dan adzrul (uda) . Sahabat yang ku kenali sewaktu di kolej dahulu sehingga kini. Sahabat yang sentiasa berkongsi kegembiraan dan kesedihan bersama. Apa yang ajaibnya sahabat baik aku ni kini berkongsi sehidup semati berumahtangga dengan sahabat baik isteriku, Intan iaitu Mardiana. Kecil sungguh dunia ini...Mengikut sejarah, mereka berdua pernah menjadi pengapit kami sewaktu kami bersanding dulu. Semoga persahabatan kami tetap kukuh hingga ke akhir hayat..Amin..
![]() |
tahun 1999 |
![]() |
tahun 2011 |
Persahabatan yang kini sudah 13 tahun...cayalah......
2 comments:
teruna idaman dara...
sapa teruna idaman dara tu..huhu...wow uda..da ada blog ye..bagus2..:)
Post a Comment