nuffnang_bid = "a6c3d2578654b9abedb0444ecdce651a"; KEMBARA @ HAZRIL'S

Monday, March 14, 2011

Kembara Al-Islam ..Adakah Golongan Lelaki lebih dijamin masuk syurga berbanding dengan wanita? Hanya Allah sahaja yang mengetahui...




sekadar gambat hiasa




Dijamin Masuk Syurga
...Diriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa terdapat tujuh golongan manusia yang dijamin masuk syurga dan akan dilindungi Allah di saat tidak ada lagi pelindung selain Dia, iaitu:


a. Pemimpin yang adil.
b. Seorang pemuda yang hidupnya selalu beribadah kepada Allah.
c. Laki-laki yang hatinya terikat dengan masjid.
d. Dua orang yang saling menyayangi kerana Allah. Bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
e. Seorang laki-laki yang apabila dirayu oleh wanita cantik, berkedudukan dan kaya, ia berkata: “Tidak ... saya takut kepada Allah.”
f. Laki-laki yang bersedekah dengan rahsia, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui yang dikeluarkan oleh tangan kanannya.
g. Laki-laki yang berzikir kepada Allah secara sembunyi, air matanya berlinang kerana takut kepada Allah.




Kembara ke Taman Negara Pahang




Dalam hati ada taman...huhuhu

Awal tahun 2011, aku jejaki ke Taman Negara Pahang....sebut sahaja tempat ni tentunya adalah kawasan hutan yang masih menyimpan khazanah alam yang tidak ternilai harganya. Jiwa aku sememangnya sebati dengan kedamaian kehijauan alam semulajadi bak kata Adnan Sempit. dalam hati ada taman...hahaha.... Kali ini kembaraan ku bersama kawanku Mr Ezany.....3 hari 2 malam di bumi pahang ini...






Redah Sg. Pahang 3 jam...lenguh satu badan..huhuh
  
Kami bertolak dari Temerloh dari pukul 2 ptg dan  menaiki bot dari Jeti Kuala Tembeling ke Taman Negara mengambil masa 3 jam. Lenguh satu badan terpaksa duduk dalam bot dengan begitu lama, tapi hati ini tak sabar-sabar nak tengok keindahan Taman Negara..





mana satu beg kami..? hihihi
  
 Kami menginap di chalet yang agak selesa, cuma kadang-kadang bekalan air terputus...tension jugak rasanya..huhuhu...Hari pertama kami akan meredah hutan, menaiki canopy walk dan mendaki Bukit Teresak, untuk melihat view Gunung Tahan dan Banjaran Titiwangsa. Banyak ilmu hutan yang kami pelajari melalui tourist guide Mr. Azlan. Pengalaman yang tidak boleh lupakan ialah merentas canopy walk iaitu titi gantung di atas pokok yang mencipta rekod yang tertinggi di dunia. Mula-mula terasa gayat tapi semakin lama semakin seronok dapat melihat view hutan hujan khatulistiwa ini...






posing jap...
  

entrance canopy walk
 

canopy walk terpanjang dan tertinggi di dunia
 

control berani konon...


  Kami akhirnya berjaya mendaki Bukit Terisek...bukit yang tertinggi di Taman Negara..perjalanan ke sana mengambil masa 4 km..Di puncak bukit ini , kami dapat lihat view banjaran Titiwangsa serta Gunung Tahan dan dapat melihat pemandangan Taman Negara dari atas puncak. Ermmm...terasa tenang di hati dapat lihat keindahan alam semulajadi keindahan Tuhan.






Di sebalik pokok Merbau....



 


Di puncak bukit Terisek

with my friend Ezany
 


Banjaran Titiwangsa dan Gunung Tahan









tongkat ali









Wednesday, January 05, 2011

Kembara hidupku melangkah ke cabaran 2011......

2011 telah datang......
terus meninggalkan 2010 dengan kenangan terindah dan terluka dalam diari semua manusia.....
Sudah 32 tahun aku bernafas di tanah bumi milik Allah ini..............
Ermm....2010 tinggalkan seribu kenangan suka dan duka dlm kehidupan aku.....

semoga tahun 2011 memberi makna dan lebih berseri warnanya dalam diari kehidupanku

Kini kaki ku mula melangkah 2011.....
Yang pasti ada jalan yang landai dan mungkin juga ada jalan yang penuh berliku untuk aku ditempuhi...........

Mungkin 2011 begitu sentiasa indah dalam diari kita......
 

Dan juga mungkin 2011 mengharungi jalan yang berliku ......
 
Tapi mendoakan dari NYA semoga tahun ini adalah lebih bermakna dalam sejarah hidup kita..............



Thursday, October 07, 2010

Photo shoot di Bagan Serai, Perak

Pada raya ke 5 , kami balik Perak di Bagan Serai dan Taiping. Sambil beraya, saje aku nak test my CANON  EOS 1000D (hihi, ala kamera yg paling murah dan basic je). Di Bagan Serai , rumah pakcik my wife, ada view sawah padi di hadapan rumahnya. Errmm.. so nak test power kamera aku, jom kita bergambar sakan....  :)









Hero kampung....hihihi




Intan & cousin Nisha










Kembara Seni ....Tiket sold out, beli cd jelah...

Salam,

Sudah lama tak update my blog.......takde masa, tapi alasan yg paling bagus penyakit malas nak berkata2 di blog sebab ada ada facebook...huhu

Saje nak bercerita , mengenai Maher Zain. Mula-mula tak kenal penyanyi ni tiba2 kawan opis pasang lagu tu kat pc, so bila dengar lagu terus teruja dgn lirik2 lagunya dan menyampaikan lagu dakwah secara rentak moden dan ada mesej yg jelas disampaikan.




Konsert dia akan diadakan di Shah Alam, tapi tiket da sold out, so tak dptlah nak tgk konsert. So semalam. my wife beli cd ori Maher Zain. Apa lagi pasang lah cd tu , ada 14 lagu...semua best !!!.dapat beli cd jadilah ... : )




maher zain





 

Thursday, January 28, 2010

BERANGAN NAK DEKO RUMAH 2010

Cuma angan2 kosong...saje je nak share gambar2 , berangan tak kena bayar, free je beb...huhuhu


perghh...dapat garden depan rumah ini baik punya


cuba bayangkan depan rumah kita macam ni....hehehe




kat ruang tamu mcm ni....




emm......nampak klasik




Wednesday, January 27, 2010

BLOG KU SUDAH BERSARANG



Acummm!!! (tengah bersin)...oh tidak blog aku dah bersarang..da berabuk...huhuhu...ni tak boleh jadi kena bersihkan balik. Semua ini adalah kerana virus MALAS sudah menimpa blog ini. Takpe tunggu je antibiotik yang baru sudah pun disuntik......tunggu.......