Wednesday, January 27, 2010
Thursday, October 29, 2009
Kembara Dari Kajang ke Padang, Sumatera
Bulan April lepas, aku & Intan gi makan angin ke Padang, Indonesia. Saje nak bawak Intan gi lihat negara orang. kami ambik pakej ikut travel agency kenalan kami. Naik Air Asia lebih kurang sejam, ke sana 3hari 2 malam. Kami lebih banyak berjalan ke Bukit Tinggi mcm cameron highlands kalo kat malaysia ni. Tapi baru-baru ni kita dikejutkan gempa bumi kat tanah minang ni, ribuan terkorban. terkejut juga bila tempat kita jejaki tu banyak musnah akibat gempa ni. Al-Fatihah kpd rakyat Padang yg terkorban & takziah kpd mereka yg hilang sedara & harta benda. Rasa syukur jugak time kami makan angin kat sana , tiada perkara buruk terjadi.
lauk2 nasi padang...selera bangat......
Padang ni tempat asal orang minangkabau yang sekarang ni ramai kat negeri sembilan. Kat sini tempatnya banyak kepada shopping. Orang pompuan memang suka sgt gi sini banyak kain sulam buatan orang minang. Memang cantik , berkualiti & harga memang murah. Tapi aku suka sgt makan nasi padang. selera lah sgt2...penuh lauk satu meja..mula2 aku ingatkan kena bayar semua lauk yg ada kat atas meja tu tapi rupanya bayar ikut lauk yg kita makan...lauk dia memang pedas sebijik mcm makanan negeri sembilan. Aku paling suka gulai patin dan rendang ayam minang..... huhuhuh...
Kami tido kat Bukit Tinggi , 2 jam dari kota Padang. Hotel 3 star. Kat situ malam dingin2 bangat, enggak payah pakai aircond & kipas angin. Patut le takde aircond kat bilik hotel, mula2 mcm nak marah tapi bapak udah pahem pas tu...
Kat bukit Tinggi ni, kami asyik dibawa ke tempat shopping kain sulam & tenun, telekung dan kain pelikat. memang cantik sgt. Intan apa lagi ligatlah bershopping, rambang mata. Tempat shopping kat sini ialah di pasar bukit tinggi, pasir ayer kuning dan outlet kain sulam. Bawak duit RM 1 juta rupiah pak..makin kaya gue...huhuhuhu. Rupanya ramai orang kita datang sini borong kain untuk jual kat Malaysia. Emmm....tak terfikir sebelum ni, kalo tak boleh dapat income skit.....Next time datang nak beli borong wat biz skit. Dan kami juga dibawa melawat Muzium Budaya Minangkabau yg dulunya Istana Raja tapi bila Belanda menjajah Indonesia , kuasa raja dah takde kat sini. Cantik sgt muzium ni, ukiran kayu memang unit sekali dan yang pasti bumbungnya mcm tanduk kerbau.
kain sulam padang
Aku suka tengok pemandangan kat sini , bukit bukau , suasana kampung, sungai , air terjun dan dapat tengok gunung berapi namanya Gunung Merapi. Masih aktif lagi, asap sentiasa keluar dr gunung tu. Terfikir gak , kalo gunung ni meletup time kita ada kat situ macam mana lak ye...
Seronok gak gi Padang dan Bukit Tinggi , rasa nak pergi lagi tapi masih rasa bimbang maklumlah Indon da kerap kena gempa bumi dan Malaysia turut juga kena tempias skit. Ada hikmah disebalik bencana yang diturunkan oleh Allah.
teratak kantan permai...huhuhu
Alhamdulilah , da pindah umah, da masuk 9 bulan. Korang mesti bosan mamat ni asyik cite pasal umah sendiri je...hehehe...bukan apa saje nak share pasal umah. yelah tempat kita berteduh. cite pasal umah ni baru aku tau betapa susahnya nak beli umah , byk proses nak wat loan kat bank, kat lawyerlah dan mcm2 lagi. nak tunggu proses pun makan masa gak. Akhirnya dapat merasa duk umah ni. Sepanjang aku duk kat sini , mcm2 kisah berlaku ada yg manis dan duka pun ada. Kat sini jiran2 baru friendly, suka tolong menolong dan suka tanya khabar masing-masing. Dia org kat sini suka berkebun dan tanam pokok. Aku pun tumpang sekaki mulakan hobi buat small garden kat umah ni. saje suka2 tenangkan fikiran. Kisah pahit pun ada, da 2 kali kena pecah umah, adalah barang2 yang berharga kena curi. kami anggap ni dugaan, ujian Allah kat umah baru ni. Apa2 pun, ni tetap umah kami, aset kami, kami kena jaga dan duduk umah ni. Mungkin ada hikmah sebaliknya. Thanks kat jiran2 jln TKP9 (abg razak, kak ani, abg lan & kak y) kerana byk membantu & ambil berat kat kami.

ni kat depan umah, tapi sekarang bunga da layu tak ceria mcm gambar ni

rasa tenang bila umah ada pokok...huuhuu
english style, ni idea my wife...hjh intan
gabungan warna putih , biru dan hijau

tempat lepak tgk tv

rasa tenang bila umah ada pokok...huuhuu
english style, ni idea my wife...hjh intan
gabungan warna putih , biru dan hijau
tempat lepak tgk tv
salam blogger
Salam semua.......da berbulan tak update blog ni.......mula2 mcm malas tapi ramai da tanya apasal ko punya blog mcm tu je..da tutup blog ke...huhuhuhu....akhirnya aku cuba melawan kemalasan tu nak update blog ni...byk cite aku wat ni....tunggu,,,
Wednesday, May 20, 2009
Tuesday, December 09, 2008
OUR NEW SWEET HOME
Inilah rumah baru kami tapi belum lagi duduk coz belum dapat kunci lagi. Rumah ni kat Taman Kantan Permai, Kajang. Ok jugak strategik dekat dgn highway Grand SAGA, senang nak gi KL keje. Kemudahan kat sini ok. Alhamdulilah rasa bertuah coz sekolah depan rumah . Kedai dan pasar malam pun dekat. Lokasi ni pun dekat ngan Giant dan Tesco Kajang. Nak makan satay kajang kat pekan Kajang cuma 15 minit je dr rumah. Tak sabar2 nak duduk rumah idaman ni walaupun kecil tapi bermakna bagi kami.
Monday, December 08, 2008
CUTI-CUTI MALAYSIA & SINGAPORE
Aku dan wife sememangnya mempunyai hobi yang sama iaitu melancong. Dah ronda2 sebahagian malaysia cuma sabah je belum kami jejaki lagi. Teringin nak tgk gunung kinabalu..
Subscribe to:
Posts (Atom)



