nuffnang_bid = "a6c3d2578654b9abedb0444ecdce651a"; KEMBARA @ HAZRIL'S: Kembara Dari Kajang ke Padang, Sumatera

Thursday, October 29, 2009

Kembara Dari Kajang ke Padang, Sumatera







Bulan April lepas, aku & Intan gi makan angin ke Padang, Indonesia. Saje nak bawak Intan gi lihat negara orang. kami ambik pakej ikut travel agency kenalan kami. Naik Air Asia lebih kurang sejam, ke sana 3hari 2 malam. Kami lebih banyak berjalan ke Bukit Tinggi mcm cameron highlands kalo kat malaysia ni. Tapi baru-baru ni kita dikejutkan gempa bumi kat tanah minang ni, ribuan terkorban. terkejut juga bila tempat kita jejaki tu banyak musnah akibat gempa ni. Al-Fatihah kpd rakyat Padang yg terkorban & takziah kpd mereka yg hilang sedara & harta benda. Rasa syukur jugak time kami makan angin kat sana , tiada perkara buruk terjadi.


lauk2 nasi padang...selera bangat......

sempat posing kat restoran nasi padang Pak Datuk





Padang ni tempat asal orang minangkabau yang sekarang ni ramai kat negeri sembilan. Kat sini tempatnya banyak kepada shopping. Orang pompuan memang suka sgt gi sini banyak kain sulam buatan orang minang. Memang cantik , berkualiti & harga memang murah. Tapi aku suka sgt makan nasi padang. selera lah sgt2...penuh lauk satu meja..mula2 aku ingatkan kena bayar semua lauk yg ada kat atas meja tu tapi rupanya bayar ikut lauk yg kita makan...lauk dia memang pedas sebijik mcm makanan negeri sembilan. Aku paling suka gulai patin dan rendang ayam minang..... huhuhuh...

bilik takde aircond, bila malam original sejuk


Kami tido kat Bukit Tinggi , 2 jam dari kota Padang. Hotel 3 star. Kat situ malam dingin2 bangat, enggak payah pakai aircond & kipas angin. Patut le takde aircond kat bilik hotel, mula2 mcm nak marah tapi bapak udah pahem pas tu...


intan posing kat Muzium Budaya Minangkabau




ada pengantin olok2 kat sini...hehehehe

Pelakon Astro Aruna di dalam muzium....hehehehe


Kat bukit Tinggi ni, kami asyik dibawa ke tempat shopping kain sulam & tenun, telekung dan kain pelikat. memang cantik sgt. Intan apa lagi ligatlah bershopping, rambang mata. Tempat shopping kat sini ialah di pasar bukit tinggi, pasir ayer kuning dan outlet kain sulam. Bawak duit RM 1 juta rupiah pak..makin kaya gue...huhuhuhu. Rupanya ramai orang kita datang sini borong kain untuk jual kat Malaysia. Emmm....tak terfikir sebelum ni, kalo tak boleh dapat income skit.....Next time datang nak beli borong wat biz skit. Dan kami juga dibawa melawat Muzium Budaya Minangkabau yg dulunya Istana Raja tapi bila Belanda menjajah Indonesia , kuasa raja dah takde kat sini. Cantik sgt muzium ni, ukiran kayu memang unit sekali dan yang pasti bumbungnya mcm tanduk kerbau.

kain sulam padang

mari ibu2..bapak2...kain sulam...kain pelikat...udah murah

Menara Gadang...trademark Bukit Tinggi


Aku suka tengok pemandangan kat sini , bukit bukau , suasana kampung, sungai , air terjun dan dapat tengok gunung berapi namanya Gunung Merapi. Masih aktif lagi, asap sentiasa keluar dr gunung tu. Terfikir gak , kalo gunung ni meletup time kita ada kat situ macam mana lak ye...


Gunung Berapi Merapi...aktif lagi bila2 boleh meletup


sepanjang perjalanan dari Padang ke Bukit Tinggi

kebun carrot..kat belakang tu gunung berapi

posing kat air terjun sebelum balik ke Malaysia

Seronok gak gi Padang dan Bukit Tinggi , rasa nak pergi lagi tapi masih rasa bimbang maklumlah Indon da kerap kena gempa bumi dan Malaysia turut juga kena tempias skit. Ada hikmah disebalik bencana yang diturunkan oleh Allah.


kat airport Padang nak balik Malaysia, tu berborak pasal shopping dan brape duit da berhabis ...hahahaha




5 comments:

MamaTiaMia said...

amboi bestnyer pergi sumatera ni..makan2 tu ler yang paling best..aduhh lapar lah maksu..apa pun makasih dapat gak kain telekung dari intan..tiap2 malam maksu pakai sembahyang,berkat tu.Dan yang paling wahhhhhhhh dasat bonat deco rumah ni..macam rumah orang ingeeris botul haaa..cantik and sweet betul pandai betul lah along&hazril menghias..semua cantik..cam showroom SSF lah..jeles tengok haaa..takut nak bawak tia mia datang..takut terlanggar apo2..he..he..

Ikin said...

kan maksu kan...cantekkk...
jom jom...kita g umah along...
pastu boleh pergi kedai yang cantik tu...along dgn hazril boleh bawak.
Jom...jom...

Hazril said...

datang le umah. nanti nak suruh along masak..huhuhu..ala maksu kat umah tu tak byk brg kaca byk benda mcm tin2 english..no hal lah tia mia tu...tp umah kami kecik je..

NanaTabarani said...

salam...
nak tanye travel agency kwn awk tu ape name travel agency die??sy ngn husband nak bwk family ke bukit tinggi tp x tau travel agency mane yg ok & boleh di percayai....sbb last time when i went to bandung..we all kene tipu...accomodation x same ngn ape yg die jnjikan...then...sampai sane kene charge mahal dr harge yg die da tetapkan kat sini....so hope awk leh bantu kami...kami nak pegi pd bulan jun 2010 ni...tQ~

Unknown said...

Assalamualaikum Tuan/Puan.

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.